Samsung Galaxy Bloom Akan Dilancarkan Februari Ini


Samsung akan melancarkan peranti terbarunya iaitu Samsung Galaxy Bloom pada 11 Februari nanti. Mesti ramai yang tengah tunggu peranti ni keluar sebab bentuk dan fizikalnya yang tersangat lah unik kan? Samsung Galaxy Bloom ni menggantikan nama Samsung Galaxy Fold versi yang kedua yang dikatakan sebelum ni.

Samsung telah pun mengesahkan yang nama Galaxy Bloom ni akan digunakan untuk peranti skrin boleh lipat terbarunya tu selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan rakan niaga mereka di CES. Galaxy Bloom dipercayai menggunakan cip Snapdragon 855 iaitu cip paling berkuasa setakat ni dan skrin boleh lipatnya pula menggunakan panel kaca. Agak-agak panel kaca apa ya yang boleh lipat-lipat sampai macam tu?


Nama Galaxy Bloom ni dipilih kerana dikatakan ingin target gologon wanita dalam lingkungan 20-an yang mencari peranti yang bersaiz kompak sama seperti sebuah set alat solek, haha! Lain macam betul target sales diorang ni? Kalau nak selfie nanti, boleh acah-acah seakan bukak barang makeup lah kan, kah! Tunggu nanti Ohmedia share kan pula spec peranti lipat-lipat ni dekat korang okay gais!

Sumber : Amanz

+Baca respon pembaca Oh! Media




Oh! Youtube


Sumber: Oh! Media