Semakin Ramai Rakyat Malaysia Ikut Peraturan Berdiri Sebelah Kiri Eskalator, Negara Lain Sudah Hentikan Peraturan Bahaya Ini

Posted on Monday, January 13, 2020 | 1/13/2020



Kalau korang perasan, sekarang ni semakin kerap kita dengar dan lihat video yang menunjukkan kemalangan yang melibatkan orang menaiki eskalator. Ada yang tersepit, terjatuh dan ada juga yang termasuk ke dalam enjin eskalator ini. Mana-mana pasaraya pasti akan menggunakan eskalator bagi memudahkan pengunjung pergi ke tingkat yang seterusnya. Tapi apa agakya punca kemalangan ini berlaku selain daripada kurangnya servis?


Cuba kita lihat di Malaysia, peraturan menggunakan eskalator di Malaysia nampaknya sudah berubah apabila pengguna sudah diajar untuk beratur di sebelah kiri bagi memberi laluan kepada mereka yang ingin cepat lalu sebelah kanan. Tapi kalau korang nak tahu, beberapa bandar besar seperti Jepun telah mengarahkan rakyat mereka supaya tidak lagi mengamalkan peraturan ini.


Bila difikir balik, ada betul juga sebab bila semua orang berdiri di sebelah kiri, ia pasti akan bagi beban yang tak seimbang pada eskalator dan ini boleh menyebabkan kerosakan serta kemalangan yang tak diinginkan.


Hong Kong dan London turut melakukan kempen memegang pemegang eskalator dan melarang pengguna untuk berjalan menaiki atau menuruni eskalator. Hasil kajian The Japan Elevator Association di Tokyo juga ada menyatakan yang lebih 880 kemalangan eskalator pada tahun 2013-2014 adalah disebabkan mereka yang berjalan dan berlari di eskalator.


Jadi Ohmedia nasihatkan untuk korang yang nak cepat dan tergesa-gesa tu, gunalah tangga ok! Walaupun, mungkin kemalangan seperti ini jarang berlaku di Malaysia, tapi baik kita cegah dengan lebih awal.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Youtube


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 1/13/2020

0 comments:

Loading...