Seorang Lagi Individu Disahkan Positif Koronavirus Di Malaysia!

Sumber gambar dari Malay Mail
Jika semalam jumlah individu yang positif wabak koronavirus meningkat sebanyak 3 orang, menjadikan jumlah mangsa sebanyak 7 orang, hari ini, tengahari tadi Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesahkan ada satu lagi kes positif koronavirus dimana ia membabitkan warga China. Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit berkenaan berusia 49 tahun merupakan isteri kepada pesakit ketujuh positif wabak berkenaan.

Sumber gambar di Facebook Ketua Pengarah Kesihatan
Tambah beliau, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengenalpasti pelajar atau pensyarah yang pulang bercuti dari negara China. Dipetik dari Sinar Harian, beliau juga memberitahu, sekiranya mereka dikenalpasti, mereka akan diletakkan di bawah pemntuan rumahdan diberikan Kad amaran Kesihatan dan Home Assessment Tool.

Ohmedia juga baru dapat info yang Finland, negara sejuk berada diutara Eropah baru sahaja mencatatkan kes positif wabak ini. Dipetik dari Sinar Harian, pesakit berkenaan dalam keadaan stabil. Info terbaru yang Ohmedia tahu, pesakit berkenaan sampai ke Finland sejak lima hari lalu. Di Malaysia, tiada kes melibatkan rakyat Malaysia sendiri setakat ini.

Sumber: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Sumber: Oh! Media