Spekulasi Mukhriz Mahathir Ganti Maszlee Malik Tidak Benar, Rupanya Mahathir Mohamad Sebagai Pengganti?

Posted on Friday, January 10, 2020 | 1/10/2020


Sumber gambar dari Astro Awani
Info terkini yang Ohmedia dapat, Tun Mahathir kini memangku jawatan Menteri Pendidikan selepas jawatan berkenaan kosong ditnggalkan oleh Maszlee Malik. Dipetik dari Sinar Harian, menurut Pejabat Perdana Menteri, perkara mengenai pelantikan Tun Mahathir sebagai Menteri Pendidikan telah dipersetuju jemaah menteri dalam mesyuarat pra kabinet yang diadakan semalam.

Sebelum ini Tun sendiri telah menulis sepucuk surat yang mengandungi 17 perenggan yang ditulis sendiri oleh beliau pada 27 Disember lepas yang meminta Maszlee Malik untuk meletakkan jawatan. Beberapa laporan akhbar mendedahkan surat berkenaan turut menyatakan sebab mengapa Maszlee perlu berbuat sedemikian. Antaranya ialah kegagalan Maszlee mengikut nasihat dan melanggar keputusan kabinet.

Terdapat spekulasi juga menyatakan bahawa Tun Mahathir meminta ADUN Simpang Renggam berkenaan meletakkan jawatan adalah kerana kegagalan Maszlee menangani kes Jawi serta hal-hal lain yang berkaitan dengan pendidikan, seperti UEC dan lain-lain. Timbul persoalan Ohmedia, adakah nanti Tun Mahathir seghairah Maszlee dalam menjalankan dasar-dasar pendidikan? Sama-sama kita nantikan.

Sumber: Sinar Harian

+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube





Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 1/10/2020

0 comments:

Loading...