Terengganu catat 9 kes Influenza

Posted on Monday, January 13, 2020 | 1/13/2020



Terengganu hari ini mencatatkan sembilan kes jangkitan virus Influenza yang membabitkan pesakit berusia antara tiga hingga 38 tahun. 

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Noor Azimi Yunus berkata, kes direkodkan pada 5 dan 7 Januari lalu. 

Lima daripada pesakit itu disahkan positif Influenza A dan tiga kes positif Influenza B. Bagaimanapun, kesemua pesakit terbabit hanya dirawat di klinik swasta. 

Dr Noor Azmi berkata, keadaan semua kes adalah stabil dan terkawal dan pihaknya akan terus memantau kejadian itu. 

Justeru, beliau menasihatkan orang awam untuk menjaga kebersihan diri dan kerap membasuh tangan serta patuh kepada etika batuk dan bersin. 

Bagi mereka yang mengalami simptom-simptom penyakit tersebut adalah dinasihatkan mendapatkan rawatan segera di hospital atau klinik berdekatan. 

Sumber: Harian Metro


Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 1/13/2020

0 comments:

Loading...