Terkini, Akhirnya Kerajaan Gantung Kemasukan Rakyat China Ke Malaysia


Selepas mengikuti perkembangan wabak virus corona dengan rapat, akhirnya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat kenyataan akhbar untuk menggantung sementara waktu kemasukan rakyat China dari Wilayah Wuhan, Hubei dan semua kawasan yang terlibat.

Kerajaan telah mengambil keputusan untuk menggantung sementara semua kemudahan imigresen iaitu eNTRY, Visa on Arrival, e-visa dan visa manual kepada rakyat negara China dari Bandar Wuhan dan Wilayah Hubei di kelilingnya berkuatkuasa serta merta.‬ Kerajaan juga ingin mengingatkan kepada semua pihak agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sah atau palsu berkenaan novel koronavirus ini yang boleh menyebabkan ketidaktenteraman kepada masyarakat umum. - Tulisnya di Facebook.


Keputusan ini akhirnya diambil selepas mengikuti segala prosedur yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan mendapatkan pandangan pakar bagi menghadapi virus yang terus merebak ini.

Jadi segala kemudahan imigresen iaitu eNTRY, Visa on Arrival, e-visa dan visa manual kepada rakyat negara China dari Bandar Wuhan dan Wilayah Hubei di kelilingnya akan digantung buat masa ini.

Diharapkan negara kita akan terus dilindungi dari sebarang bencana dan wabak yang boleh menjejaskan keamanan negara.


Sumber: Oh! Media