(Video) 'Dia main bini orang' - kata si suami & the geng, tapi sebenarnya mangsa tolong isteri buat report sebab..

Posted on Wednesday, January 29, 2020 | 1/29/2020



Viral di media sosial hari ini video seorang lelaki dibelasah beramai-ramai sehingga pengsan kerana didakwa menjalinkan hubungan dengan isteri orang.

Video berdurasi satu minit itu menunjukkan mangsa ditinju bertubi-tubi oleh seorang lelaki berbaju hitam (si suami) sehingga rebah dalam kejadian yang berlaku di bangunan yang tidak dinyatakan lokasinya.

Berdasarkan percakapan dalam video tersebut, individu terbabit mendakwa mangsa 'main dengan bini orang'.

Mangsa yang dibelasah tanpa henti sesekali merayu agar suspek tidak memukulnya lagi tetapi tidak diendahkan. Mangsa juga dipijak di atas dada dan mukanya disepak menyebabkan pandangannya terjejas seketika.

Di kesempatan itu, suspek menghentak muka mangsa dengan menggunakan lutut lalu menyebabkan mangsa terus tidak sedarkan diri.


Bagaimanapun, tampil seorang pengguna Facebook menjelaskan kejadian sebenarnya yang berlaku, sekali gus menafikan dakwaan sekumpulan lelaki dalam video tersebut.

"Ini bukan kes kacau bini orang. Jangan sebar fitnah ye. Siasat dulu baru post.

"Lelaki ini tolong buat report polis sebab yang kaki pukul (suspek utama) ni duk pukul bini dia. Last-last laki bodo tu tak puas hati, bawa geng-geng bacoi pi pukul laki ni," kata Firdaus Arabee.


Sumber: Ahmad Soufi Eppie


Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 1/29/2020

0 comments:

Loading...