(Video) Puteri Balqis Nak Laburkan Untuk Forex Lepas Dapat Bantuan RM100,000? Seriuslah?!

Posted on Monday, January 20, 2020 | 1/20/2020



Baru-baru ni, Puteri Balqis menjadi perhatian ramai kerana berdepan dengan kehidupannya yang serba kekurangan dan tak disangka-sangka akan jadi sampai macam ni. Dikatakan selepas tersebar hal ni, ramai yang memberi bantuan kepada Aqish untuk bantu keluarganya dan dikatakan hampir RM100,000 bantuan yang telah dia dapat.

Datuk Aliff Syukri baru jer menjemput Aqish untuk berkongsi serba sikit keperitan hidup yang dia jalani selepas kehidupannya yang dikatakan berubah 360 darjah selepas lama dia menghilang dalam industri ni. Menerusi pertemuan itu, Dato Aliff bertanya kepada Aqish apa yang akan dilakukan dengan wang-wang bantuan yang dia dapat tu dan jawabnya, dia akan simpan duit tu sikit, akan disedekahkan dan akan dilaburkan untuk bermain Forex.

Ramai yang terkejut dengan jawapan Aqish begitu juga dengan Dato Aliff seperti mana yang kita dapat tengok menerusi video tu dan takde langsung bercakap nak gunakan bantuan yang dia dapat tu untuk kos rawatannya.

Sumber: RotiKaya


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 1/20/2020

0 comments:

Loading...