Virus Influenza Kembali Serang Negara, Menteri Kata Tiada Kaitan Dengan China


Kita semua sedia maklum yang kini virus influenza telah kembali menyerang negara di mana beberapa negeri telah menunjukkan peningkatan jangkitan. Bagaimanapun, Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan yang jangkitan virus ini tiada kaitan dengan pembawakan pelancong dari China yang dikaitkan dengan wabak radang paru-paru yang sedang melanda wilayah Wuhan, China.

Analisa semasa itu melibatkan kajian trend influenza yang meliputi kadar konsultasi kes penyakit serupa influenza dan kadar kemasukan pesakit ke wad dengan jangkitan pernafasan. - Katanya kepada pemberita.

Jadi, sekiranya korang ada mengalami simptom tidak normal dari kebiasaan bolehlah melakukan pemeriksaan. Jika korang lakukan pemeriksaan di hospital kerajaan, vaksi influenza ini hanya akan ditawarkan kepada golongan berisiko tinggi sahaja seperti dengan penyakit kronik serta mereka yang mempunyai daya tahan yang rendah.

Tahap jangkitan sederhana dan teruk ini hanya akan diketahui selepai melalui ujian saringan influenza di hospital. Jadi beringatlah, sekiranya ada orang di sekeliling kita mengalami sakit-sakit, cepatlah lakukan pemeriksaan, terutama anak-anak yang ke sekolah kerana kes banyak melibatkan pelajar sekolah.

Sumber: Bernama

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Youtube


Sumber: Oh! Media