3 Langkah Yang Korang Wajib Tahu Menyemak Keaslian Telefon Pintar Yang Dibeli

Posted on Monday, February 03, 2020 | 2/03/2020



Zaman sekarang ni telefon pintar tu bukan lagi kemahuan dan ianya memang keperluan untuk semua. Sebelum kita membeli sesebuah telefon pintar, mesti kita akan cari penjual yang menjual dengan harga yang paling murah.

Tapi bila dah beli yang murah tu, tiba-tiba rasa was-was dan mulalah berfikir telefon pintar yang kita dah beli tu original ataupun yang ciplak punya? Korang jangan risau, Ohmedia akan share tiga langkah yang boleh membantu korang untuk mengenalpasti sama ada telefon pintar korang tu asli ataupun yang klon.

Periksa spesifikasi telefon pintar


Korang boleh bandingkan spesifikasi telefon pintar yang dah dibeli tu dengan sumber-sumber yang betul dan tepat seperti di laman web www.gsmarena.com.

Pastikan SIRIM telah disahkan


SIRIM ialah piawaian bagi sesebuah produk yang dah pun terhasil di Malaysia. Kalau phone korang tu ada dilekatkan dekat melekat SIRIM, bermakna ianya memang original. Korang juga boleh pergi ke link https://ecomm.sirim.my/sirimenquiry/search_IMEI.aspx dan masukkan nombor IMEI telefon pintar korang tu untuk periksa.

Bandingkan di kedai pengedar yang sah


Kalau korang rasa rupabentuk telefon pintar korang tu macam pelik sikit, terus bawa ke pengedar yang sah berhampiran dan terus bandingkan dengan telefon pintar yang terjual disana. Korang boleh juga menyemak warranty telefon pintar tersebut, sama ada warranty tu datang dari brand tu sendiri atau dari pengedarnya.

Sumber : Wiser
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 2/03/2020

0 comments:

Loading...