30,000 tiket dikeluarkan, TFC mahu penyokong penuhkan SSMZA

Posted on Thursday, February 27, 2020 | 2/27/2020



KUALA TERENGGANU: Terengganu Football Club (Terengganu FC) mengumumkan sebanyak 30,000 tiket bagi perlawanan pertama Liga Super 2020 menentang Perak FA.

Tiket perlawanan akan mula dijual bermula Sabtu ini di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) sehingga waktu perlawanan dan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) sehingga jam lima petang.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim menjangkakan sambutan bagi aksi pertama ini memberangsangkan.

“Mungkin sekitar 20 ribu keping boleh terjual. Cuma, saya menyeru peminat bola sepak di Terengganu. Tahun lalu, perlawanan pertama Liga Super 2019 antara Terengganu dan Pahang adalah yang tertinggi iaitu sekitar 28,000 penonton.

Jadi, inilah masanya untuk orang Terengganu memecahkan rekod tersebut dan membuktikan penyokong kita benar-benar merupakan peminat bola sepak,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Sembang Santai Perkembangan Bola Sepak Terengganu FC di Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), hari ini.

Tambahnya, PBSNT yakin dengan kemampuan pasukan kendalian Nafuzi Zain untuk mencatatkan keputusan terbaik menentang Juara Piala Malaysia 2018 itu.

“Saya yakin kepada ketua jurulatih kita, tetapi bola sepak tidak boleh ditentukan dengan keyakinan semata-mata.

“Bagaimanapun, Nafuzi telah mencorakkan pasukan yang cukup baik untuk menjadi pencabar kepada pasukan lawan,” katanya.

Jelasnya, Perak juga bukan calang-calang pasukan dantidak boleh dipandang enteng.

“Kita sering bertemu mereka dan adakala kita menang, adakala kita tewas. Apapun, kita akan memberikan saingan yang terbaik,” katanya. - Teganukita




HARGA TIKET
▪️Dewasa : RM15
▪️Kanak-Kanak B-12 Tahun : RM5
STADIUM DAN KAUNTER JUALAN
🏟Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu
▪️ Kaunter Pintu F ( 3 Kaunter )
🏟Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak
▪️ Kaunter Pintu A ( 4 Kaunter )
▪️Kaunter Pintu B ( 4 Kaunter )
▪️Kaunter Pintu C ( 4 Kaunter )



🏴🏳️MAKLUMAN PINTU MASUK BAGI PEMEGANG TIKET PERLAWANAN DI STADIUM SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN 🏳️🏴
Penyokong Tuan Rumah
▪️Pintu B
▪️Pintu B1
▪️Pintu F
▪️Pintu E
▪️Pintu D
Penyokong Pasukan Pelawat
▪️ Pintu C



Bagi pemegang pas bermusim TFC, anda akan melalui pintu khas bagi pemegang pas bermusim sahaja Laluan pintu adalah seperti berikut :

PINTU A1 ( 3 Laluan )
🔸 Gold Pass
◽️ White Pass
◾️ Black Pass

PINTU E1 ( 3 Laluan )
🔸 Gold Pass
◽️ White Pass
◾️ Black Pass

Bagi pemegang "Gold Pass" anda mempunyai tempat duduk bernombor di sebelah Grandstand walaubagaimapun, anda bebas memilih tempat lain untuk duduk (Selain tempat duduk yang bernombor).
Blog, Updated at: 2/27/2020

0 comments:

Loading...