355 Orang Penumpang Kapal Persiaran Positif Koronavirus


Inilah bukti bahaya dan kuatnya koronavirus ini yang mampu merebak dan menjangkiti manusia dengan mudah apabila seramai 355 orang yang menaiki kapal persiaran Diamond Princess yang berlabuh di Jepun disahkan positif Covid-19.

Perkara ini dilaporkan oleh Chanel News Asia dan kapal yang membawa 3,700 dan 1,219 penumpang ini telah dilakukan pemeriksaan kesihatan.

Setakat ini, kami sudahpun menjalankan pemeriksaan terhadap 1,219 penumpang kapal tersebut. Sejumlah 355 orang disahkan positif. Manakala sebanyak 73 orang pula tidak menunjukkan sebarang simptom jankitan. - Kata Menteri Kesihatan Jepun.

Kapal persiaran ini dilaporkan telah berlabuh di Jepun sejak 5 Februari lalu dan kerajaan Jepun telah membuat keputusan untuk mengkuarantin semua penumpang yang terdiri daripada 50 buah negara setelah mereka mengesan seorang penumpang positif Covid-19.

Disebabkan itu, Amerika Syarikat, Hong Kong dan Kanada telah membuat keputusan untuk membawa pulang rakyatnya dengan segera.

Sumber: CNA

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan wabak di facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media