Abam Dari Kumpulan Bocey Meninggal Dunia Buat Netizen Terkejut


Innalillahiwainnailaihirojiun. Pagi ini, Ohmedia dapat laporan bahawa Abam atau nama sebenarnya Syed Uthman Hamzah Al Juffrey dari kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya yang terletak di Gombak pagi ini.


Menurut isteri Abam yang bernama Nor Hidayah, Abam mengadu sakit kepala dan demam sejak beberapa hari yang lalu. Beliau juga mengatakan bahawa pagi tadi dia mengejutkan untuk solat subuh tetapi tiada tindak balas.

Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tidak mahu. Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun tak ada tindak balas daripada dia.


Sedih Ohmedia dengar bila dapat tahu pelawak legend kita telah meninggalkan kita semua. Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

SUMBER: Astro Gempak


Sumber: Oh! Media