Akibat Terlalu Sayang Suami Sanggup Gali Kubur Dan Tidur Bersama Mayat Isteri


Bukan semua orang mampu menerima takdir bahawa orang yang disayangi telah pergi buat selamanya. Kehilangan insan yang amat disayangi pasti membuatkan seseorang itu tidak dapat menerima hakikat. Kes ini telah berlaku di Vietnam apabila seorang suami sanggup menggali semula kubur isterinya untuk tidur bersama.

Paling mengejutkan Ohmedia, menurut sumber lelaki ini telah tidur bersama mayat isterinya itu selama hampir 13 tahun. Biar betul!? Tak busuk ke mayat isteri dia tu? Isterinya itu dikatakan telah meninggal pada tahun 2003. Fuhhh seram pulak Ohmedia tengok.


Lelaki ini juga sanggup membuat patung replika yang bersaiz isterinya. Selepas patung itu siap dia memasukkan mayat isterinya itu ke dalam patung tersebut menggunakan kemahirannya sebagai tukang kayu. Walaupun telah dilarang oleh anak-anaknya, namun lelaki ini tetap dengan keputusannya dan tanpa pengetahuan anaknya lelaki ini membawa pulang mayat tersebut.

Pada mulanya anak-anaknya menyangkakan ayahnya membuat patung itu kerana rindukan ibu mereka tetapi akhirnya lelaki ini mengaku mayat isterinya itu ada didalam patung tersebut dan kejadian ini telah mengejutkan anak-anaknya. Ramai juga yang mengatakan bahawa lelaki ini gila tetapi dia tidak kesah asalkan dapat bersama semula dengan isterinya. Dasyat betul cinta lelaki ni.


Perkara yang paling pelik sekali, lelaki ini turut membelikan mayat isterinya itu barangan mekap. Dia akan membelikan bedak dan gincu untuk dipakaikan pada isterinya. Dia juga akan membersihkan serta menyiapkan isterinya pada setiap hari. Memang pelik dan menyeramkan sehingga ramai yang memanggilnya gila.

Bukan itu je, pihak berkuasa tempatan telahpun menasihati lelaki ini agar menanam semula mayat isterinya itu namun, lelaki ini langsung tidak mahu mendengar kata-kata orang sekeliling.

OHMEDIA: HARAPNYA TAHUN 2020 NI SI SUAMI INI AKAN TANAM SEMULA MAYAT ISTERINYA ITU. SAMPAI BILA NAK HIDUP DALAM BAYANGAN KERANA HIDUP INI HARUS DITERUSKAN.

Sumber: Amazingnara

+ Baca respon suami gali kubur isteri di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media