Android 11 Sudah Boleh Dicuba, Hadir Dengan Beberapa Ciri Yang Dinaik Taraf

Sumber gambar dari AndroidPIT

Kebiasaannya sebelum sesebuah sistem operasi diperkenalkan secara rasmi dalam acara tahunan Google, syarikat gergasi berkenaan akan mengeluarkan dahulu sistem berkenaan untuk dicuba dan diuji oleh pengguna. Dari info yang Ohmedia dapat, Android 11 telahpun tersedia untuk dicuba dan diuji, namun masih dalam versi pembangunan, ini bermaksud pengguna akan menemukan sejumlah error saat menggunakan sistem operasi berkenaan.

Difahamkan, Android ini sudah tersedia untuk peranti-peranti Google, iaitu Pixel 2, Pixel 2 XL, Pixel 3, Pixel 3 XL, Pixel 3a, Pixel 3a XL, Pixel 4, dan Pixel 4 XL.Menurut info dari The Verge, Android 11 ini telah hadir sejumlah feature baru, termasuk feature yang berkaitan dengan jaringan 5G.

1. Bubbles

Feature ini sebenarnya asal dari Android 10 dan kebiasaannya dilihat pada Messenger Facebook. Bubbles adalah tampilan interface baru untuk chat application yang membolehkan pengguna dapat membuka beberapa bualan chat sekaligus dengan mudah. Namun untuk masa sekarang, feature ini hanya dapat dinikmati untuk chat application dibawah Android. Kemungkinan juga feature ini akan hadir pada chat application lainnya seperti WhatsApp, Facebook Messenger dan Signal.

2. Conversations

Lebih kurang seperti bubbles, feature ini akan memunculkan chat di notification. Feature ini akan disesuaikan dengan aplikasi terutamanya pada bahagian notification untuk email, Instagram dan lain-lain. Feature ini bertujuan untuk memudahkan pengguna saat berkomunikasi dengan hanya membalas notification yang masuk.

3. App Permission

Seterusnya App Permission dimana feature ini akan menawarkan piliha untuk memberikan izin sementara pada aplikasi yang ingin mengakses feature tertentu pada telefon pintar, seperti kamera, mikrofon, dan lokasi. App Permission pada Android 11 juga dianggap dapat membuat telefon pintar pengguna jauh lebih lebih baik dari segi sekuriti.

4. Screen recording

Feature screen record ini sebenarnya sudah lebih di Android 10 beta tetapi kemudian tidak dimasukkan. Namun kini feature tersebut hadir kembali pada Android 11 yang dicanang-canang akan memiliki interface yang lebih menarik.

Pada Android 11 ini turut disertakan dengan sejumlah pembaharuan minor, seperti mode gelap (dark mode) yang boleh menyala secara automatik, dan motion sense untuk memainkan musik pada Pixel 4. Disamping itu juga, terdapat feature setting untuk sensitivity touch screen khusus untuk Pixel 4. Pada Android 11 juga, connection bluetooth untuk peranti audio juga tidak akan dimatikan meskipun airplane mode dalam keadaan aktif.

OHMEDIA: SAMA-SAMA KITA NANTIKAN SAMA ADA ANDROID 11 LEBIH GEMPAK DARI ANDROID 10 ATAU TIDAK.

Sumber: Tekno Kompas | The Verge

+ Baca respon pembaca tentang Android 11 di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media