Bali Pula Dilanda Wabak Misteri Selepas 1000 Ekor Khinzir Mati


Selepas kecoh satu dunia tentang wabak misteri yang menular iaitu koronavirus mesti banyak langkah berjaga-jaga yang telah di ambil oleh pelbagai pihak untuk memastikan wabak ini terkawal. Ahli saintis juga sedang sibuk menghasilkan vaksin untuk virus itu.

Tapi, belum habis lagi cerita mengenai koronavirus, kini Bali, Indonesia pula telah berlaku satu kekecohan apabila lebih 1000 ekor khinzir di kawasan itu telah mati tanpa diketahui puncanya. Menurut sumber yang Ohmedia baca, misteri ini berlaku berkemungkinan berkait dengan satu wabak yang sedang tular iaitu Demam Babi Afrika.


Bilangan purata yang dilaporkan hampir 50,000 khinzir telah mati di seluruh kawasan Sumatera. Beberapa sampel darah khinzir ni telah diambil untuk dibuat penyelidikan untuk memastikan punca kematian. Walaupun telah divaksin, tidak mustahil khinzir-khinzir itu akan terkena wabak Demam Babi Afrika.

Rata-ratanya penternak telah mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghalang wabak ini terus menjangkiti ternakan mereka.

OHMEDIA: OHMEDIA HARAP WABAK INI TIDAK TULAR DENGAN LEBIH AGRESIF.

Sumber: Astro Awani

+ Baca respon wabak misteri ini di Facebook Oh! Media



Sumber: Oh! Media