'Bangun Bang! Boleh Bangun Lagi Ni' - Ali Puteh Berharap Abam Masih Boleh Bangun Lagi


Ali puteh diuji sekali lagi dengan pemergian abang tersayang iaitu Abam Bocey dan sebelum ini, Ali juga telah kehilangan anak perempuannya tiga bulan lalu. Terlalu perit seseorang itu untuk melalui dugaan macam ini tambah-tambah lagi, orang yang selalu ada dengan kita dan orang yang paling kita sayang kan? Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan harus kuatkan semangat dan bernekad untuk meneruskan perjuangan abang untuk mengambil alih tanggungjawab menyara keluarga.

BACA : Abam Dari Kumpulan Bocey Meninggal Dunia

Kaku terbaring atas katil



Selepas Ali mendapat berita dari isteri Abam yang Arwah tidak memberi sebarang tindak balas dan menggangap telah pengsan di dalam bilik, Ali bergegas ke rumah Arwah bersama ibu mereka.

Apabila dipegang kakinya, terasa sejuk.. tengok kuku dia pula lebam-lebam. Saya goyang perut dia, dia tak beri apa-apa tindak balas. Saya goncang-goncang kepala dia sambil cakap "Abam bangunlah, angah datang dengan mak ni. Kau kenapa macam ni?" - merontanya melihat abang kaku terbaring

Dalam hati memang dah anggap Abam dah tak ada, tapi kuatkan juga diri dan bercakap

Bangun, boleh bangun ni

Ali putih tabah menghadapi ujian Allah ini walaupun sukar untuk percaya sesebuah hakikat. Ali berasa sangat terkilan kerana tidak berkesempatan untuk meluangkan masa bersama allahyarham Abam Bocey. Kali terakhir mereka bercakap masa malam Maharaja Lawak Mega dan Arwah adalah orang pertama yang memeluk Ali lama-lama sambil bercakap yang Ali seorang adik yang hebat dan boleh kalahkan abangnya itu.


Ali juga mengatakan yang Arwah tidak ada sakit apa-apa, cuma dalam dua hari kebelakangan ini, Abam demam sikit dan malam sebelum Arwah meninggal, Abam masih menelefon ibunya.  Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman, Al-fatihah!

Sumber : Oh! Bulan



Sumber: Oh! Media