Budak 8 Tahun Hilang Sebelah Mata Ditembak Polis Israel Dengan Sengaja


Malam ini, Ohmedia terbaca satu lagi berita yang menyedihkan apabila seorang kanak-kanak lelaki yang baru sahaja berusia 8 tahun telah ditembak oleh polis Zionis ketika sedang melangkah keluar dari sebuah restoran di Baitulmuqaddis Timur.

Malek Issa yang dikatakan singgah ke restoran terbabit untuk membeli sandwish telah terkena tembakan peluru keluli bersalut getah di bahagian mata kiri dan disahkan buta.

Bapa Malek iaitu Wael Issa mengatakan yang tembakan itu disengajakan rejim Zionis, namun ia dinafikan anggota polis terbabit.


Ini kerana tembakan tersebut adalah dari jarak dekat. Malek sudah terjaga tetapi kondisinya sukar. Tembakan itu menyebabkan patah tulang dan beri kesan pada bahagian muka serta pendarahan otak. Dia berisiko mengalami kerosakan otak. - Kata Wael issa.

Polis Israel seperti biasa memberi alasan yang mereka datang ke kawasan itu untuk menahan seorang lelaki, tetapi keadaan tidak terkawal kerana orang ramai mula berkumpul dan mereka mula melepaskan tembakan rambang bagi melakukan kawalan rusuhan.

Tapi, alasan ini langsung tidak masuk akal apabila ada rakaman yang menunjukkan orang ramai hanya menjalankan aktiviti seperti biasa di kawasan terbabit.

Kejadian ini sama seperti apa yang berlaku kepada seorang wartawan yang turut kehilangan mata kerana terkena tembakan rambang Zionis dan nampaknya nyawa kanak-kanak pula menjadi sasaran mereka sekarang.

Sumber: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan saudara kita di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media