Disebabkan Tular Gambar Di KLCC, Menteri Kesihatan Sahkan Warga Kanada Positif Koronavirus


Semalam Ohmedia dapat beberapa gambar kiriman daripada netizen yang menunjukkan pasukan Hazmat (Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya) berada di Menara 3 Petronas bangunanan KLCC.


Jadi, tak berani nak buat spekulasi sendiri. Takut berita palsu, tak pasal-pasal kena saman nanti. Huhu. Memandangkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dah memberi kenyataan semalam, Ohmedia nak bagitahu apa yang terjadi dekat sana.


Sebenarnya, seorang warga Kanada telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana disyaki Koronavirus pada pagi semalam dan hal itu Menteri Kesihatan telahpun mengesahkannya bahawa individu berkenaan adalah positif Koronavirus.


Menurut laporan Mstar, Dr Dzulkefly telah menghubungi dengan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dapatkan pengesahan mereka dalam satu sidang media semalam.

Saya pun baru dapat maklumat mengenainya...saya kira pasukan Hazmat (Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya) datang dengan pakaian yang lengkap dan berjaga-jaga. Pesakit telah dibawa ke HKL. Kami akan dimaklumkan perkembangan mengenai kes itu nanti. Apa pun kami akan terus berkomunikasi dengan pihak di sana.

Individu itu dilaporkan bahawa mangsa adalah bukan penyewa di menara berkenaan dan pengsan semasa berjalan di tempat parking kereta Tower 3 yang berhampiran dengan TTMC.


Korang berhati-hati bila berada di tempat awam okay? Jangan lupa pakai mask dan bawa sanitizer kemana sahaja korang pergi. Setakat ni, ada 12 kes Koronavirus di Malaysia.

OHMEDIA: TAKUT NAK KELUAR PERGI MANA-MANA SEKARANG. BAIK DUDUK RUMAH JER. HUHU.


Sumber: mStar | Twitter

+ Baca respon pembaca takut Koronavirus di Facebook Oh! Media





Sumber: Oh! Media