Erra Dilamar Awie Semasa Membuat Persembahan.


Memang tidak asing lagi nama penyanyi rocker terkenal iaitu Awie dan bekas ratu cantik suatu ketika dulu Erra Fazira pernah dilamun cinta dan pernah juga bertunang. Namun, pertunangan mereka itu dikata terputus di tengah jalan. Baru-baru ni, Datuk Awie telah 'melamar' bekas tunangnya, Erra Fazira semasa Konsert Awie Romantika yang telah berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam. Biar betul?!

Apa yang lebih mengejutkan lagi, Erra sendiri 'menerima' lamaran vokalis terkenal daripada kumpulan Wings tersebut. Lebih menggamatkan lagi suasana di stadium itu, Erra memberi keizinan kepada Awie untuk menyarung cincin tanda di jari manisnya.



Tindakan Awie itu telah mengundang kegamatan penonton disebabkan 'adegan' spontan itu. Pasti ramai netizen tertanya adakah betul lamaran yang dibuat itu. Haa, jangan cepat nak buat andaian dulu ye, adegan tersebut memang telah di rancang dari awal sekadar mengimbau memori lebih dua dekad lalu ketika mereka sedang hangat bercinta. Awie memberitahu, apa yang dilakukan di rancangan tersebut telah mendapat persetujuan awal isteri, Sharifah Ladyana Syed Samsudin.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada isteri yang sangat memahami dan memberi keizinan untuk saya paparkan kenangan lalu dalam konsert ini. Mujur dia beri keizinan, kalau tidak, tak tahulah apalah yang akan terjadi,-katanya sebelum konsert berakhir


Pada konsert itu, Awie dan Erra telah meleraikan tanda tanya para peminat mengapa ikatan pertunangan mereka tidak bertahan lama seperti yang dijanjikan sebelum ini. Menurut apa yang dipaparkan, hubungan mereka retak disebabkan rasa cemburu dan hasutan orang lain.

Seramai 6,000 penonton yang membanjiri Stadium Malawati itu. Memang ramai giler! Semasa konsert itu berlangsung, Awie turut membuat kejutan dengan meraikan hari lahir Erra pada 9 Februari yang lalu. Mereka juga turut mempersembahan lagu duet mereka yang baru iaitu Cinta Makrifat.

OHMEDIA: MEMANG RAMAILAH YANG AKAN TURUN PADANG BILA DUA LEGEND INI BERGABUNGKAN.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon Erra dilamar di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media