Himpunan Daie : Konvoi Anak Muda 'Sesakkan' Drawbridge


KUALA NERUS, 8 Februari - Kehangatan Himpunan Daie Nusantara di Dataran 'Drawbridge' hari ini terserlah apabila lebih 2,000 anak muda dari seluruh Terengganu tiba di lokasi dengan bermotosikal.

Acara yang bermula pada pukul 6.30 petang itu diketuai oleh Alternative Riding Club (ARC) adalah sebagai simbolik anak muda cintakan majlis ilmu.


Konvoi sejauh enam kilometer berarak melalui beberapa lokasi  bermula di Kompleks Sukan Gong Badak, merentasi Pantai Seberang Takir kemudian bergerak ke tapak program.

Majlis akan bermula dengan pengisian daripada pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus pada petang ini.


Kemudian disusuli dengan majlis Perasmian oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah sejurus selepas solat isyak.

Daie Nusantara, Ustaz Abdul Somad pula dijangka akan menyampaikan pengisian pada pukul 9.30 malam.

Sumber: teganukita.net