Himpunan Daie : Redah 500 KM Demi Daie Nusantara


Oleh : Hailmey Mansor

KUALA NERUS, 8 Februari - Demi secangkir ilmu, seorang pemuda sanggup meredah hampir 500km menaiki motosikal untuk mengikuti Himpunan Daie Ummah Nusantara Terengganu Sejahtera (HDUNTS) diperkarangan Jambatan Angkat (Drawbridge) malam ini.

Afifi Zhakwan Mohd Nazeri

Afifi Zhakwan Mohd Nazeri, 24, lepasan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata dia ingin melihat secara dekat Daie Nusantara iaitu Ustaz Abdul Somad dan Ustaz Azhar Idrus yang menjadi idolanya.

"Saya bonceng motosikal seorang diri dari Kuala Lumpur ke Terengganu untuk mendengar dan mengikuti secara dekat Ustaz Abdul Somad ini.

"Selain itu, boleh juga melihat secara dekat ikon terbaharu negeri Terengganu iaitu 'Drawbridge' yang kini popular hampir seluruh negara," ujarnya kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman ( UPDI) ketika ditemui diperkarangan lokasi, di sini malam ini.

Abdul Hadi Haron


Sementara itu bagi Abdul Hadi Haron, 27, berkongsi rasa seronok apabila dapat membonceng motor secara beramai-ramai dan dapat bersama daie yang disayangi oleh semua rakyat.

"Seronok la bila dapat konvoi dengan daie yang dikenali ramai ni.

"Kita jadi koho(semakin)semangat bila dapat konvoi beramai-ramai ni," ujarnya.

Konvoi yang diketuai oleh Pengarah Urusetia Belia,Sukan dan NGO, Ustaz Nasir Abdul Razak; Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera(i-MiTS), Ustaz Kamaruzzaman Abdullah dan Pengarah Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) Ustaz Soud Said.

Program ini menghimpunkan Daie yang popular iaitu Ustaz Azhar Idrus iaitu ikon anak muda negeri Terengganu dan Ustaz Abdul Somad yang cukup dikenali dan berpengaruh di Indonesia.



Sumber: teganukita.net