Ikan Naga Dijumpai Di Miri, Tanda Tidak Baik Menurut Kepercayaan Masyarakat Jepun?

Posted on Sunday, February 09, 2020 | 2/09/2020


Sumber gambar dari Awani
Gempar apabila orang ramai di  Pasar Ikan Kampung Batu Satu, Kuala Baram, Miri dikejutkan dengan penemuan seekor ikan yang jarang dilihat, iaitu ikan naga yang lebih dikenali sebagai ikan oar atau nama saintifiknya Regalecus Glesne semalam.

Menurut info dari Awani, ikan yang dijumpai berkenaan dianggarkan mempunyai 12 kaki panjang. Penemuan ini membuatkan warga setempat teruja untuk melihatnya kerana spesis ikan dlaut dalam berkenaan sukar untuk ditemui.

Menurut kepercayan tradisi masyarakat Jepun, sekirnya ikan ini atau nama tradisional Jepunnya, ryugu no tukai, yang bermaksud utusan dari istana raja naga berkenaan terdampar di pantai, ia petanda bahawa gempa bumi akan berlaku.

Menurut penjelasan saintifik, menurut profesor ilmu icthylogoy di Universiti Kagoshima , Hiroyuki Motomura, ikan ini cenderung naik kepermukaan apabila keadaan fizikal lemah atau peningkatan arus air. Tambahnya lagi, tiada bukti saintifik yang menunjukkan penemuan ikan dengan kejadian gempa bumi.

Sumber gambar dari SarawakVoice
Menurut sumber dari Sarawak Voice, ikan pernah juga muncul di daerah yang sama. Ikan yang mempunyai sisi berwarna perak dan dengan sirip kemerah-merahan berkenaan dijumpai setelah tersangkut pada pukat milik nelayan tempatan. Jadi tiada bukti yang jelas bahawa ikan ini petunjuk kepada berlakunya gempa bumi.

OHMEDIA: BACA BOLEH PERCAYA JANGAN, ARTIKEL INI SEKADAR PERKONGSIAN. 

Sumber: Awani | mStar | SarawakVoice

+ Baca respon pembaca mengenai penemuan ikan ini di Facebook Oh! Media.

Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 2/09/2020

0 comments:

Loading...