'Jangan tegur!' - Tengah drive, tetiba lelaki tanpa kepala melintas di depan kereta di Jalan Bukit Putus


Sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka. Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan. Risiko tanggung sendiri. Gambar-gambar yang digunakan juga hanyalah sekadar hiasan sahaja. Selamat membaca.

YUHUU gais. Sebagai seorang waris Negeri Sembilan (N9), aku tahu semua orang N9 memang kenal dengan jalan lama Bukit Putus ini. Banyak kejadian-kejadian aneh dan menyeramkan berlaku di sini, malah mak dan ayah saya pun pernah kena. 

Jalan Bukit Putus ini terletak di N9. So jalan ini sepanjang 6.9 kilometer dan mempunyai 32 selekoh tajam. Ceritanya, Bukit Putus ini jalannya memang dikatakan keras oleh orang-orang yang pernah lalu kat kawasan ini. 

Jadi aku nak share sikit tentang cerita-cerita yang pernah bualan hangat suatu ketika dahulu. 

ORANG USUNG KERANDA

Cerita ini terjadi kepada seorang wanita yang bernama Masitah Idris. Ceritanya bermula apabila Kak Masitah memandu di jalan itu pada waktu malam.

Mengenangkan cerita-cerita yang dihidangkan masyarakat, nak-nak pula katanya Bukit Putus itu antara lima kawasan paling keras. Lagilah dia seriau nak lalu jalan itu. Tapi apakan daya, terpaksa juga lalu. 

Sepanjang perjalanan itu dia memang rasa resah dan seram sejuk, seperti ada saja benda yang memerhati. Sampai di satu selekoh, dia nampak kelibat orang ramai dan hatinya pun mula lega. Tak adalah seram sangat sebab sekurang-kurangnya ada orang di kawasan itu. 

Tidak lama selepas itu dia tersedar, di kawasan Bukit Putus itu tak ada sebuah rumah pun. 

Semakin lama dia semakin dekat dengan orang-orang itu. Apa yang dia nampak adalah sekumpulan lelaki sedang mengusung keranda. Ke mana mereka nak pergi? Tanah perkuburan mana mereka nak tanam jenazah? Wallahua'lam. 


BANTAL PELUK BERGOLEK KEJAR KERETA

Yang ini tak tahu siapa punya cerita. Tetapi agak terkenal. Katanya di kawasan turun bukit, kau berkemungkinan akan dikejar dengan bantal peluk yang sedang bergolek-golek. 

Aku sebagai orang N9 duduk kampung tengkek kat Kuala Pilah selalu juga lalu jalan ini sebelum jalan baru itu dibina. Tapi itulah tiada rezeki nak nampak. 

Kau jangan tanya aku kenapa bantal tu bergelk. Aku syak bantal peluk itu obess, nak lompat-lompat, dia mengah. Kesian dia. 

LELAKI TIDAK BERKEPALA

Okey, kalau korang perasan, di salah satu selekoh itu ada satu pokok besar tetapi pokok itu macam kena sambar petir sebab separuh je. Tinggal tunggul. 

Di situ khabarnya ada seorang lelaki tidak berkepala selalu mengilai dan menjerit meminta tolong. 

Aku rasa macam pernah nampak pokok ini. Tetapi masa aku lalu itu waktu siang. Jadi aku tak nampak kelibat lelaki itu. Hanya nampak sticker pinjaman wang berlesen saja kat pokok itu. 

Kau jangan dok memandai-mandai nak pergi usya. Kang terjumpa, tak cukup tanah kau lari nanti. 


'JANGAN TEGUR!' 

Ini cerita mak bapak aku sendiri. Nak dijadikan cerita, arwah ayah aku ni dia punya mood tu susah nak diramal. Means dia ni kalau nak jalan-jalan, kejap-kejap itu dia suruh bini dia pack barang. So kalau balik kampung tengah-tengah malam itu memang perkara biasa bagi kami sekeluarga. 

Arwah ayah ni pemandu bas, memang power bab-bab driving ni. So satu malam itu dia ajak mama balik kampung. Masa itu musim durian, so memang layanlah kutip buah durian jam 5-6 pagi. 

Sampai saja kat Bukit Putus, mak aku dah rasa seram sejuk. Aku macam biasa masih kanak-kanak riang yang tidur awal. Jadi aku bantai tidur kat belakang. Drive punya drive, tiba-tiba mak aku ternampak badan orang tak ada kepala, tak ada kaki, tak ada tangan melintas di depan kereta. Mak pun terus terkejut! 

"Ya Allah ling (darling)!!!" 

Selepas itu arwah ayah pula kata "Pffff!!! Jangan tegur." dan dia teruskan memandu. Rupa-rupanya memang dua-dua nampak benda yang sama pada malam itu. 

Kau jangan tanya kenapa bapak aku chill je. Dia pemandu pelancong, drive 2-3 pagi itu memang dah kerja dia dari sebelum aku dilahirkan lagi. Hahaha! So benda-benda itu macam perkara biasa bagi dia. 


Kepada yang kata nak pergi sana buat paranormal activity, tak payahlah pergi. Jalan itu dah terabai bertahun-tahun. Dah bersepah dengan semak dan ranting kayu semua. Demi kereta korang, janganlah memandai pergi ke sana. Bukan sebab tempat itu keras, tetapi jalan itu sendiri yang berbahaya. 

Kepada yang kata kau tak nampak apa-apa, mungkin hantu tu tak suka nak kacau golongan sendiri, Sama-sama buruk maybe? Hahahaha! 

Sumber: Aaus The Bad


Sumber : thereporter.my