JDT Menang Kelab Terbaik Piala AFC Sepanjang Dekad



Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) mencipta sejarah setelah berjaya memenangi kelab terbaik Piala AFC sepanjang dekad menerusi undian yang dilakukan oleh Asian Football Confederation (AFC).

JDT dicalonkan bersama 4 kelab yang pernah menjulang Piala AFC iaitu Air Force Club (Iraq), Qadsia SC dan Kuwait SC (Kuwait) serta Al Ahed FC (Lubnan). Untuk pengetahuan korang, hanya JDT sahaja yang menjadi wakil Asia Timur dalam pencalonan ini. Selepas keputusan undian di buat, JDT menduduki tangga pertama dengan 80% jumlah undian jauh meninggalkan kelab-kelab lain.



Jika kita imbas pada perlawanan akhir Piala AFC tahun 2015 menyaksikan JDT menewaskan FC Istiklol dari Tajikistan 1-0 hasil jaringan tunggal Leandro Velazquez. Ohmedia ucapkan tahniah buat pasukan JDT dengan pencapaian mereka di peringkat AFC. JDT kini dalam perjalanan ke Jepun untuk perlawanan pertama AFC Champion League 2020 menentang Vissel Kobe.

OHMEDIA: SEMOGA JDT KEKALKAN PRESTASI CEMERLANG MEREKA UNTUK AFC CHAMPION LEAGUE MUSIM INI

Sumber : JOHOR Southern Tigers

+ Baca respon pembaca yang sokong JDT di Oh! Media


Sumber: Oh! Media