Jeti Pusat Pelancongan Dibersihkan


Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT, 14 Februari- Jeti pusat pelancongan Kuala Besut yang dipenuhi sampah sarap dibersihkan dengan cara bergotong-royong.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, program itu diadakan bagi membersihkan kawasan tersebut yang bakal menerima pelancong tidak lama lagi.

"Sampah sarap yang terdiri daripada serpihan kayu terkumpul menyebabkan ianya tidak elok untuk dipandang apatah tempat itu merupakan tumpuan pelancong.

"Yang dihanyutkan oleh arus sungai menyebabkan ianya terperangkap di sini (jeti) mencacatkan permandangan kepada orang ramai yang datang," jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program tersebut, pada hari Khamis, 13 Februari.

Menurutnya, jeti  tersebut bakal dibuka kepada pelancong untuk ke Pulau Perhentian pada akhir bulan Februari selepas habisnya musim tengkujuh.

Turut hadir dalam program gotong-royong tersebut ialah Ketua Pemuda PAS Dun Kuala Besut, Hafiz Yusof.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan kerjasama bagi menjayakan program ini agar kebersihan tempat ini terus terjaga," tambah beliau.







Sumber: teganukita.net