Kelab Thai League 1 berminat dengan pemain Terengganu FC

Posted on Friday, February 07, 2020 | 2/07/2020



Keputusan Terengganu FC untuk menjalani perlawanan pra musim di Thailand nyata berbaloi apabila beberapa kelab Thai League 1 berminat untuk mendapatkan khidmat pemain mereka bagi menghadapi saingan musim 2020.

TFC berdepan dengan dua kelab Thai League 1 iaitu Police Tero dan Suphanburi serta satu kelab dari China, Tianjin TEDA ketika menjalani jelajah pra musim di negara jiran itu.

Meskipun gagal untuk meraih kemenangan dan hanya mencatat dua keputusan seri, namun aksi yang ditampilkan oleh pemain TFC nyata memikat kelab dari negara tersebut.

Menurut salah satu sumber, kelab Thai League berminat dengan pemain tempatan TFC dan salah seorang daripadanya ialah pemain muda yang menyinar sepanjang perlawanan pra musim yang dihadapi oleh skuad bimbingan Nafuzi Zain itu.

AZALINULLAH ANTARA PEMAIN MUDA YANG MENYINAR BERSAMA TFC. SUMBER GAMBAR: TFC

Apa yang pasti, mana-mana pemain yang mendapat tawaran untuk beraksi di Thailand perlu memanfaatkan peluang tersebut dengan baik kerana seperti yang kita sedia maklum, saingan Liga Thailand jauh lebih baik berbanding Liga Malaysia.

Ketika ini, seramai tiga pemain Malaysia sedang mencuba nasib di Thailand iaitu Norshahrul Idlan Talaha (BG Pathum United), Dominic Tan (Police Tero) serta Zafuan Azeman (Angthong FC). - Vocket FC
Blog, Updated at: 2/07/2020

0 comments:

Loading...