Lagi Kemalangan Berpunca Dari Pemandu Mabuk. Suami Meninggal Dunia, Isteri Parah!


Korang tak rasa panas ke bila dengar berita ni? Ohmedia tiap kali dengar kemalangan yang berpunca dari pemandu mabuk ni, mesti akan rasa geram sangat-sangat sampai menggigil rasa jari ni masa menaip. Tadi, terbaca satu lagi kemalangan maut yang melibatkan seorang pekerja kilang dimana suaminya meninggal dunia dan isterinya pula parah selepas motosikal yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta yang dipandu lelaki mabuk.

Kejadian ini berlaku di Kilometer 140.2 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran susur Perai pagi tadi dan mangsa Khairizul Mohamad Noor disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa dan isteri dalam perjalanan ke tempat kerja pada jam 5 pagi dan mangsa menunggang motosikal di lorong kiri sebelum secara tiba-tiba dirempuh dari arah belakang sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki 33 tahun. Mangsa dan isteri tercampak ke atas jalan dan apa yang menyakitkan hati, pemandu mabuk itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pemandu kereta berkenaan telah ditahan untuk siasatan dan ujian pernafasan menggunakan mesin Evidential Breath Analyzer (EBA) mendapati lelaki tersebut memandu di bawah pengaruh alkohol. - Kata pihak polis.

Sebelum ini juga Ohmedia ada perasan satu video yang menunjukkan sebuah kereta Myvi merempuh kereta polis ketika sedang lakukan sekatan dan ada info yang mengatakan, pemandu terbabit juga dalam pengaruh alkohol.


Jadi, apa yang kita harus lakukan sekarang? Diharapkan kerajaan membuat keputusan dengan cepat untuk memperketatkan lagi undang-undang. Beri hukuman yang berat agar ia tidak berlaku lagi. Korang juga boleh kongsikan seberapa banyak yang mungkin jika mengetahui apa-apa kemalangan yang berpunca dari pemandu mabuk ini agar tiada siapa lagi memandu dalam keadaan teruk macam tu lagi.

Sumber: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca yang geram dengan pemandu mabuk di facebook Oh! Media.

Sumber: Oh! Media