Lionel Messi Bakal Ke Manchester United?

Posted on Tuesday, February 11, 2020 | 2/11/2020




Khabar angin mengatakan Lionel Messi bakal meninggalkan Barcelona untuk ke Manchester City. Isu ini timbul selepas Messi dikatakan berang dengan pengarah Sukan Barcelona yang juga merupakan bekas pemain pertahanan The Catalans, Eric Abidal.

Abidal telah mengkritik prestasi semasa Barcelona yang kurang memuaskan sehingga bekas jurulatih mereka Ernesto Valverde dipecat. Perkara tersebut telah menimbulkan desas-desus tentang perpindahan Messi. Walaubagaimanapun bekas pemain Arsenal, Emmanuel Petit berpendapat Messi pasti sukar untuk mendapat rentak jika beraksi di Liga Perdana Inggeris yang begitu kompetitif.


Manchester City dan Juventus antara kelab yang ingin mendapatkan khidmat Messi. Menurut jurulatih Manchester City, Pep Guardiola merasakan Messi akan setia dan kekal bersama Barcelona sehingga beliau bersara. Untuk pengetahuan korang, Messi kini dalam rundingan untuk memperbaharui kontrak bersama Barcelona.

Maka terbantut lah hasrat pasukan gergasi di luar sana untuk mendapatkan khidmat Messi. Kepada Fans Manchester United korang jangan ambil hati bila baca tajuk sebab Ohmedia hanya bergurau sahaja.

OHMEDIA : MESSI BERBEZA DENGAN CRISTIANO RONALDO YANG MEMPUNYAI FIZIKAL SERTA PRESTASI YANG MENAKJUBKAN UNTUK BERMAIN DI LIGA LAIN

Sumber : Sinar Harian

+ Baca respon pembaca yang sokong Messi di Oh! Media







Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 2/11/2020

0 comments:

Loading...