Lirik Lagu Terbaru Bunkface Buat Netizen Marah

Posted on Friday, February 28, 2020 | 2/28/2020



Karya baru dari kumpulan Bunkface berjudul, Akhir Zaman mencetuskan kemarahan dan menimbulkan rasa kurang senang netizen. Dikatakan lagu terbaru kumpulan Bunkface itu seakan hentam habis-habisan satu komuniti ni dan ada juga menyentuh isu sensetif politik.

Dalam lagu Akhir Zaman, ada lirik yang berbunyi 'mana pergi duit rakyat'. Netizen mengatakan yang lirik didalam lagu terbaru Bunkface itu agak keterlaluan dan memang sengaja cipta lirik yang macam tu untuk dapatkan perhatian, dalam masa yang sama menaikkan lagu dan nama Bunkface selepas lama menghilang.


Netizen juga ada yang mempertikaikan kalau tidak suka dengan golongan tersebut, kenapa perlu berbuat sedemikian, sampai ada yang ingin melaporkan muzik video ini dekat Youtube kerana menggangap lagu ini menyebarkan diskriminasi dan kebencian kepada sesebuah kominiti. Pandangan orang lain-lain. Ada pula yang kata, siapa yang mengecam itu sebab mereka terasa. Masing-masing ada pendapat masing-masing.



Sumber : Youtube | Twitter

+ Baca respon pembaca lagu Akhir Zaman buat netizen marah di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 2/28/2020

0 comments:

Loading...