Macam Bagi Kucing Makan, Ibu Terkejut Lihat Hidangan Anak Di Taska!


Mesti ramai di kalangan pembaca Ohmedia ini dah bergelar seorang ayah dan ibu kan. Sebagai ibu bapa, mestilah mahukan yang terbaik untuk anak-anak tak kira lah dari segi apapun. Bagi ibu bapa yang tidak ada masa untuk menjaga anak, semestinya mereka akan menghantar ke pusat asuhan yang terbaik untuk mendapat penjagaan yang sempurna.

Tapi lain pula yang jadi di sebuah taska ni, bila ada seorang ibu telah mendakwa makanan yang dihidangkan di taska hanyalah nasi, telur dan kicap sahaja. Hah? seriuslah tu je lauk diorang bagi!? Ibu ini juga berkata yuran bulanan yang dibayar tidak menjanjikan pulangan yang baik untuk anak-anak mereka.

Sebelum ini anak ada mengadu hanya makan nasi, kicap dan telur dada. Tapi saya tak endahkan sebab ingatkan kadang-kadang sahaja. Tapi bila kerap anak mengadu, saya pergi sendiri ke taska untuk memastikan - katanya


Menurut apa yang Ohmedia baca, seorang ibu ni telah pergi ke taska tersebut dan terkejut apabila melihat hidangan makanan mereka sangat tidak berpatutan dengan apa yang dibayar pada tiap bulan. Hidangan nya hanyalah nasi, kicap dan dua ketul bahagian leher ayam. Dah lah dua ketul je lepastu makanan tu pula dikongsi didalam dulang untuk dikongsi bersama. Ish, melampau betul diorang ni!


Rata-ratanya isu ini mendapat kecaman dari netizen. Ramai dikalangan mereka yang tidak berpuas hati dan ada juga yang mengatakan seolah-olah ingin diberikan kepada kucing dan bukannya untuk anak-anak.

Buat masa sekarang, ibu ini masih menunggu maklum balas daripada pihak taska tersebut mengenai isu hidangan makanan anak mereka ini. Namun, lokasi taska ini tidak didedahkan oleh ibu tersebut.

OHMEDIA: SEBAGAI IBU BAPA KITA MESTILAH SENTIASA MENGAMBIL TAHU DAN PEKA DENGAN HAL SEPERTI INI.

Sumber: Facebok

+ Baca respon hidangan anak di taska di Facebook Oh! Media.



Sumber: Oh! Media