Masyarakat Digesa Budayakan Jaga Kebersihan


Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT, 14 Februari- Masyarakat digesa membudayakan amalan menjaga kebersihan pada setiap masa bagi memastikan sentiasa bersih dan terjaga.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, terutamanya di seluruh persekitaran penempatan masing-masing.

"Saya ingin menasihati kepada masyarakat supaya lebih cakna tentang kebersihan agar kita jauh daripada terkena penyakit berbahaya terutamanya denggi yang boleh menyebabkan kematian," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Gotong-royong Perdana Bersama Komuniti di Kampung Taman Sri Seratus pada hari Khamis, 13 Februari.


Menurutnya, masalah kesihatan tertutamanya denggi sangat tinggi di kawasan Besut.

“Islam juga mengajar kita kebersihan merupakan sebahagian daripada iman dan kita sebagai orang Islam perlulah cakna akan kebersihan”, katanya lagi.

Program tersebut telah dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Besut dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Kuala Besut, SMK Kuala Besut, Klinik Kesihatan Kuala Besut dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Taman Sri Seratus.






Sumber: teganukita.net