Minuman Popular Malaysia, Hausboom Turut Sama-Sama Mengedarkan Air Secara Percuma

Posted on Wednesday, February 26, 2020 | 2/26/2020



Ketika ini, Istana Negara memang menjadi tumpuan ramai dan kebanyakkannya dikalangan daripada pihak-pihak mediaa untuk menyampaikan isu semasa yang sedang bergolak. Memang penuh lah kan orang tak kira dari wartawan sehinggalah pihak-pihak media yang berkampung disana untuk menjalankan tugas mereka di depan pintu Istana Negara tu supaya tak terlepas berita-berita penting tentang kemelut politik yang melanda negara ketika ini.

Harini merupakan hari kedua syarikat minuman popular Malaysia iaitu Hausboom turut sama-sama mengedarkan air berbotol-botol kepada sesiapa sahaja yang berada di sana termasuklah semua wartawan, polis, driver dan sebagainya di Istana Negara.


Banyak pihak yang memahami situasi berkenaan termasuklah Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah sendiri.

BACA : Kali Ini Agong Sendiri Turun Padang Bagi Wartawan McDonald's

Sikap terpuji dari syarikat anak melayu, Hausboom yang ditunjukkan ini sangatlah membanggakan kita semua. Setiap tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Syabas diucapkan kepada Hausboom.

+ Baca respon pembaca sikap terpuji Hausboom di Facebook Oh! Media





Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 2/26/2020

0 comments:

Loading...