MU Hampir Digulaikan, Aksi Lincah Dennis Bonaventura Mencuri Tumpuan



Manchester United hampir dimalukan wakil Belgium, Club Brugge selepas terikat 1-1 di peringkat 32 kalah mati Liga Europa yang berlangsung di Jan Breydel Stadion awal pagi tadi. MU memberi amaran awal kepada tuan rumah pada minit ke-14 menerusi percubaan leret dari Andreas Pereira. MU dikejutkan dengan jaringan pertama tuan rumah menerusi sepakan lambung pemain lincah mereka, Dennis Bonaventura selepas Romero melakukan kesilapan keluar dari luar kotak penalti.



Tuan rumah sekali lagi mempunyai peluang untuk menambah jaringan menerusi Dennis, namun percubaan beliau ditepis keluar Romero. Ohmedia rasa aksi lincah yang ditunjukkan Dennis dalam perlawanan ini pasti akan menarik kelab besar untuk mendapatkan khidmat beliau pada musim hadapan. Tersentak dengan jaringan dan asakan dari Club Brugge, MU berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Anthony Martial pada minit ke-36 selepas bijak memintas bola yang gagal dikawal kemas pertahanan Club Brugge, Mechele dan tenang menewaskan penjaga gol tuan rumah yang merupakan bekas pemain Liverpool, Simon Mignolet.


Martial sekali lagi mempunyai peluang untuk mencatat gol kedua peribadi dalam perlawanan ini, namun percubaan beliau terkena tiang dan gagal menambah jaringan kedua untuk MU. Bersambung separuh masa kedua, Dennis sekali lagi mempunyai peluang untuk membolosi gawang MU pada minit ke-50, walaubagaimanapun Sergio Romero sekali lagi menjadi hero untuk mengagalkan sepakan Dennis. Keputusan 1-1 kekal sehingga wisel penamat. MU mempunyai kelebihan jaringan gol di tempat lawan menjelang aksi timbal balik di Old Trafford nanti.



OHMEDIA : MANCHESTER UNITED MEMPUNYAI PELUANG UNTUK LAYAK KE PERINGKAT 16 KALAH MATI LIGA EUROPA MUSIM INI

+ Baca respon pembaca yang terpikat dengan aksi lincah pemain Club Brugge, Dennis Bonaventura di Facebook Oh! Media




Sumber: Oh! Media