Mujahid Geram Dengan Sajat. Bukan Semua Kesilapan Boleh Selesai Dengan Hanya Minta Maaf


Ramai yang tahu Muhammad Sajjad Kamruzzaman atau Sajat sudah selamat pulang ke tanah air dan membuat video permohonan maaf. Jadi apa tindakan seterusnya? Jika dipetik laporan dari Berita Harian, pihak JAKIM kini sedang membuat penilaian yang akan menentukan tindakan undang-undang terhadap apa yang telah dilakukan Sajat di Tanah Suci.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof pun ada mengatakan yang Sajat perlu benar-benar insaf dan matlamat utama adalah untuk menyedarkan Sajat untuk kembali kepada fitrah dan mengurangkan kebimbangan umat Islam di Malaysia.

Ia hanya satu perbuatan yang kalau ada undang-undang, ia akan diambil (dilaksanakan) namun kalau ada nasihat, kita akan cari kaedah terbaik. Semua pilihan itu terdedah untuk kita ambil dan akan datang seiring. Ia bukan bermakna kalau ada undang-undang, tiada (pendekatan) nasihat. Semua ini akan dilihat sebagai pakej untuk menegur. Ada sesetengah orang kita tegur, dia buat kasihan tetapi lepas itu ulang balik. Penilaian itu asasnya berlandaskan kepada tujuan untuk mengurangkan kerisauan ramai. Keduanya, apa yang dimuat naik (di laman sosial) dan ketika menghormati budaya syariat kita, sama ada makan saman (menerima teguran) atau tidak, kita nilai dulu baru akan ambil tindakan. - Jelasnya.

Apa pula respon Mujahid dengan video pemohonan maaf Sajat?

Mujahid menyatakan yang permohonan maaf Sajat itu tidak kena dengan kesalahan yang dia telah lakukan kerana bukan semua perkara boleh selesai dengan hanya meminta maaf.

Jangan sebab nak selamatkan diri, sebaliknya perlu dilakukan dengan keinsafan. Ada orang minta maaf tetapi tidak insaf, kalau dia minta maaf dengan keinsafan mesti tak akan diulangi kesilapan itu. - Tegasnya.

OHMEDIA:JADI KITA TUNGGU SAHAJALAH TINDAKAN YANG AKAN DIKENAKAN TERHADAP SAJAT DAN JIKA BENAR SAJAT BETUL-BETUL INGIN MEMINTA MAAF DAN KESAL DENGAN APA YANG TELAH DILAKUKAN, KEMBALILAH KEPADA JANTINA SEBENAR ANDA.


+ Baca respon pembaca di facebook Oh! Media.

Sumber: Oh! Media