Mulai Tengah Malam Ini Kadar Tol PLUS Akan Jadi Lebih Murah


Berita gembira untuk semua pengguna kenderaan persendirian! Menurut sumber yang Ohmedia baca, bermula tengah malam ni akan berlaku pengurangan kadar tol sebanyak 18%. Jutaan pengguna lebuh raya Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) akan menikmati pengurangan ini.

Ok korang semua dah boleh plan cuti korang untuk pergi bercuti dengan keluarga! Hehe. Langkah pengurangan kadar tol oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk pengguna di Lebuhraya Utara Selatan berkurang dari 13.6sen/km kepada 11.15sen/km dimana ianya lebih rendah jika dibandingkan pada tahun 1999 iaitu 11.24sen/km.

Mulai 12.01 tengah malam ini pengguna lebuh raya dari tol Jalan Duta ke Skudai hanya perlu membayar RM38.50 berbanding RM47, manakala pengguna lebuh raya dari tol Jalan Duta ke Alor Setar pula, hanya membayar RM45.50 berbanding sebelum ini Rm55.50.


Diskaun tol sebanyak 18% ini akan diberikan kepada kenderaan penumpang contohnya seperti bas dan teksi (kelas 1, 4 dan 5) di lebuh raya yang terlibat iaitu Lebuhraya Baru Lembah Kelang (NKVE)Lebuhraya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (ELITE)Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia – Singapura (LINKEDUA)Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2)Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH)Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE). Diskaun ini juga akan diguna pakai bagi kenderaan kelas 2,3,4 dan 5 bagi jambatan Pulau Pinang.

Pengguna lebuh raya PLUS dapatlah menarik nafas lega kerana kadar ini dikatakan tidak akan meningkat sehingga tempoh konsesi tamat pada tahun 2058. Kerajaan juga tidak lagi menanggung beban untuk membayar pampasan kepada PLUS dan ini akan menjimatkan RM 42 bilion sepanjang tempoh konsesi itu. Penjimatan ini juga boleh digunakan kerajaan sebagai inisiatif yang menguntungkan rakyat.

Sumber: Berita Harian


+Baca respon pembaca Oh! Media

Sumber: Oh! Media