Najib Sokong Gabungan Perikatan Nasional Tapi Ada Syarat!

Posted on Monday, February 24, 2020 | 2/24/2020



Hari Ahad semlam bukanlah hari Ahad yang biasa buat negara kita apabila rakyat telah dikejutkan dengan 5 pertemuan dan mesyuarat besar-besaran dari semua pemimpin dari pelbagai Parti kecuali DAP.

Hari Ahad 23 Februari 2020 telah berlaku satu pergerakan ahli parlimen dari beberapa parti yang berhimpun di sebuah hotel di Kuala Lumpur dan dipercayai telah membincangkan sokongan terhadap Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri dan pembentukan kerajaan baharu.

Perkara ini turut dikongsikan oleh Annuar Musa di Twitter rasminya yang sedang berlangsung majlis malkan malam muafakat parlimen di Hotel Sheraton malam tadi dan Tun Mahathir dikatakan telah mendapat 131 sokongan ahli parlimen daripada parti UMNO, PAS, GPS, Warisan dan beberapa orang ahli parlimen PKR.


Dalam pada itu, memetik dari laporan Sinar Harian, menyatakan yang bekas Perdana Menteri Daruk Seri Najib Tun Razak turut tidak ketinggalan menyatakan sokongan dan bersetuju dengan gabungan baharu yang bakal dibentuk di Putrajaya. Tetapi dengan syarat tertentu kata Najib.

Ya, saya sudah tandatangan, namun bersyarat. - Katanya.

Najib juga ada melakukan pengesahannya dengan portal The Malaya Post yang dia telah menandatangani akuan berkanun (SD) bagi membolehkan Tun Mahathir membentuk gabungan baharu bernama Perikatan Nasional.

Dari apa yang yang dilihat, Perikatan Nasional ini akan menggabungkan 6 parti kompenan yang terdiri daripada Bersatu, UMNO, Pas, Warisan dan Gabungan Parti Sarawak.

Nampaknya kenyataan dari Najib adalah yang paling boleh diguna pakai selepas terlalu banyak spekulasi dikeluarkan dan kita semua masih menunggu pengumuman rasmi yang dijangka akan dikeluarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Sumber: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca yang ingin tahun perkembangan politik Malasysia di Facebook Oh! Media.

Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 2/24/2020

0 comments:

Loading...