Netizen Bingung Melihat Nur Sajat Berpurdah Di Tanah Suci Mekah


Sejak beberapa hari lalu lagi telah timbul khabar angin yang mengatakan Sajat kini berada di Tanah Suci untuk menunaikan umrah dan hal ini akhirnya terjawab apabila Sajat berkongsi banyak gambar dan video bagi semua aktiviti dia dan rombongan yang lain sepanjang di sana. Apa yang mengundang pertikaian Netizen adalah Sajat yang dilihat berpakaian wanita semasa di sana. Jika ada yang masih mempercayai Sajat seorang wanita, itu takpelah lagi tapi, bagaimana pula dengan PA dia yang jelas-jelas lelaki boleh bertelekung semasa di sana bersama Sajat?


Ada yang memaklumkan, Sajat bertolak dari Malaysia dengan berpakaian seperti lelaki dan ianya boleh dibuktikan dengan gambar di atas ini. Dari sumber yang Ohmedia terima, Sajat bersama rombongan seramai 37 orang berangkat ke Tanah Suci Mekah dengan menggunakan khidmat dari Albayttravel Sdn Bhd.


Kami suka membaca ulasan dari Ustaz Syed Shahridzan ini tentang apa yang berlaku.


Hal seperti ini memang sangat mengecewakan. Jika dulu mana mungkin ada Pondan yang berani untuk ke tanah suci melainkan atas niat untuk bertaubat, tapi hari ini kita dah dapat lihat sesuatu yang langsung tak pernah terdetik dek akal.



Berikutan kejadian ini, ramai netizen memberikan pendapat dan pandangan mereka. Pelbagai emosi yang dilemparkan dapat dilihat dan ada yang telah membuat laporan terus ke kerajaan Arab Saudi untuk mereka mengambil tindakan kepada Sajat dan kawan-kawannya.




Kami suka mengingatkan Netizen tentang satu dokumentari tentang "pondan" yang menampilkan Nur Sajat sebagai salah seorang yang ditemuramah. Di dalam video tersebut, secara jelas keluarganya mengakui Sajat adalah seorang lelaki. Jadi anda tonton dan nilaikanlah sendiri.


+ Baca ribuan respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media