NGO Perlu Bergerak Secara Inklusif

Posted on Sunday, February 09, 2020 | 2/09/2020




Oleh: Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU, 9 Februari - Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) tidak boleh bergerak secara eksklusif sesama ahli sahaja.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato' Haji Yahaya Ali berkata, mereka perlulah bergerak secara inklusif.

"Saya harapkan kepimpinan (yang kuat) di kalangan kita inilah yang akan menggerakkan NGO dengan suatu pembahagian tugas yang betul-betul terancang dan baik.

"Yang kedua menempatkan dan manfaatkan pengalaman serta kepakaran yang ada dalam kalangan ahli-ahli kita tak kiralah sama ada ia ada jawatankuasa ke ataupun tidak," jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung NGO Muafakat di Paya Bunga Square pada hari Khamis, 6 Februari.

Menurutnya, badan NGO mestilah mempunyai kedudukan kewangan yang stabil dan kuat daripada semasa ke semasa.

"Kita nak lebih kuat dari segi kewangan sudah tentu untuk soal pentadbiran dan pengurusan kita nak buat kebajikan.

"Kita juga kena turun ke bawah bersama msyarakat dan apatah lagi matlamat NGO kita berkait dengan soal kebajikan, ekonomi dan seumpamanya," ujar beliau.

Justeru itu, beliau berharap agar perpaduan di kalangan ahli-ahli NGO mesti kuat.

"(Kalau ada) sedikit sebanyak masalah jangan diperbesar-besarkan.

"Mesti ada  sikap berlapang dada, mesti ada keutamaan kepada NGo dan jemaah supaya kita boleh bergerak dengan lebih terancang," tambah Dato' Yahaya.

Sumber: teganukita.net
Blog, Updated at: 2/09/2020

0 comments:

Loading...