Pergolakan Politik Semasa, Azmin Sangkal Ahli Parlimen PKR Keluar Parti Dan Pakatan Sebagai Pengkhianat!

Posted on Tuesday, February 25, 2020 | 2/25/2020


Sumber gambar dari Sinar Harian
Panas beberapa hari ini mengenai isu politik dan pentadbiran kerajaan semasa yang sedang bergolak. Tidak tahu apa yang berlaku sekarang sehinggakan begitu banyak mesyuarat tergempar diadakan oleh parti-parti politik utama. Pergolakan ini juga menyaksikan Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri Interim dan pelantikan semua menteri adalah terbatal.

Yang jelas, sewaktu hal ini sedang hangat menjadi perbualan netizen, Azmin Ali bersama 10 orang ahli parlimen telah bertindak keluar dari Pakatan Harapan. Beberapa ahli parti menyifatkan tindakan Azmin dan Zuraidah sebagai pengkhianat kepada parti. Sehingga kini, tindakan mereka menyaksikan Azmin Ali dan Zuraidah Kamaruddin dipecat dari jawatan tertinggi parti. Namun Azmin menyangkal tuduhan yang dilemparkan keatas mereka.



Azmin menjelaskan bahawa tujuan mereka berbuat demikian adalah untuk mengagalkan konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri di tengah-tengah penggal. Azmin menambah, usaha ini dapat dilihat melalui tindakan sebahagian pimpinan Pakatan Harapan kebelakangan ini memaksa Perdana Menteri untuk segera melakukan peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim. Azmin juga mendedahkan kempen ini telah dimulakan beberapa bulan lepas tekanan ini semakin meningkat dari semasa ke semasa.

OHMEDIA: DIHARAPKAN KEMELUT YANG BERLAKU SEGERA DISELESAIKAN KERANA KETIDAKSTABILAN POLITIK AKAN MENGUNDANG KEPADA KEMEROSOTAN EKONOMI NEGARA.

Sumber: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca tentang Azmin sangkal diri pengkhianat di Facebook Oh! Media



Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 2/25/2020

0 comments:

Loading...