Pertama Kali Bertanding, Naim Daniel Juara Di Anugerah Juara Lagu Ke-34

Posted on Monday, February 10, 2020 | 2/10/2020


Pertandingan Anugerah Juara Lagu ke-34 telah melaburkan tirai semalam. Naim Daniel melalui lagu Sumpah, hasil ciptaannya sendiri bersama Omar K dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke-34 (#AJL34).

Sumpah


Lagu Sumpah telah meletakkan Naim Daniel sebagai juara semalam yang disiarkan secara langsung dari Axiata Arena  oleh TV3. Kalau korang nak tahu, Naim Daniel baru pertama kali masuk AJL, tapi terus menang. Dilihat juga yang Naim sangat humble dan banyak berterima kasih dengan semua orang selepas bergelar juara semalam. Itulah hebatnya anak muda ini. Tahniah diucapkan dan semoga terus maju jaya buat Naim Daniel. Kemenangan itu membolehkan Naim membawa pulang RM50,000 beserta trofi.


Bangun


Aman RA melalui lagu Bangun, satu-satunya lagu genre hip-hop yang bertanding semalam. Hasil ciptaan oleh Navigator serta Aman RA sendiri telah memenangi tempat kedua dan berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM35,000 berserta trofi.

Anta Permana


Tempat ketiga telah dimenangi oleh lagu Anta Permana oleh Siti Nurhaliza yang dinyanyikan Bob Yusof dan dirinya sendiri semalam. Anta Permana, hasil ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong berjaya membawa pulang trofi beserta RM20,000.


Kisah Cinta Kita


Hafiz Suip berjaya merangkul dua trofi bagi kategori Persembahan Terbaik dan Vokal Terbaik yang mentandingkan lagu Kisah Cinta Kita. Dengan kedua-dua kemenangan, Hafiz berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM24,000 beserta dua trofi.

Tahniah Ohmedia ucapkan kepada semua pemenang, dan kepada semua yang bertanding semalam, korang dah buat persembahan yang paling terbaik dan telah buat semua penonton terpukau dengan persembahan korang, termasuklah Ohmedia sendiri.


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 2/10/2020

0 comments:

Loading...