Pesakit Kronik Diberi Perhatian


Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT, 15 Februari- Pesakit  kronik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut terus diberi perhatian oleh Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) dan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS).

Pegawai Penyelaras DUN tersebut, Azbi Salleh berkata, program sebegini sangat penting kerana dapat mengambil cakna masalah yang di hadapi oleh masyarakat setempat.

"Ramai rakyat yang ditimpa masalah dan kita akan sedaya upaya untuk membantu meringankan beban mereka bagi meneruskan kehidupan seharian seperti biasa.


“Saya berpesan kepada semua Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) supaya aktif bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh rakyat agar kita dapat membantu," ujarnya ketika ditemui pihak media pada hari Khamis, 13 Februari.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Penyelia i-MiTS DUN
Kuala Besut, Ustaz Zulkifli Kadir dan Pengerusi MPKK Kampung Ayer Terjun, Nik Ma Nik Adek.

Menurutnya, beliau yang mengetuai program tersebut telah menziarahi seramai enam orang pesakit kronik dan ia merupakan ziarah berkala di kawasan tersebut.







Sumber: teganukita.net