Rejim Zionis Sekali Lagi Serang Gaza Tanpa Beri Sebarang Amaran Dan Belas Kasihan

Posted on Tuesday, February 04, 2020 | 2/04/2020



Walaupun rakyat Malaysia sekarang tengah sibuk dengan kes Sajat memakai pakaian wanita di Tanah Suci, tetapi korang janganlah lupa saudara Islam kita yang berada di Gaza sedang bertarung nyawa dengan rejim zionis.


Sejak minggu lepas lagi Gaza diserang oleh zionis dengan menggunakan kapal perang tanpa memberi sebarang amaran kepada mereka. Allahuakhbar! Sedih Ohmedia tengok nasib mereka di sana.


Lebih menyayatkan hati apabila melihat seorang lelaki yang bernama Mohammed Shtawi berusia 15 tahun terlantar koma di katil hospital kerana Zionis menembak tepat ke arah kepalanya dengan menggunakan peluru getah.


Serangan yang berlaku ke atas mereka telah menyebabkan sumber pendapatan rakyat Palestin terjejas dan bekalan eletrik terputus di kawasan yang sekitar. Marilah kita sama-sama mendoakan agar mereka sentiasa dilindungi oleh Allah SWT.

OHMEDIA: ZIONIS MEMANG KEJAM! TAK ADA BELAS KASIHAN LANGSUNG

Sumber: Twitter

+ Baca respon pembaca benci rejim zionis di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 2/04/2020

0 comments:

Loading...