Remaja 19 Tahun Menyamar Sebagai Inspektor Polis Berjaya Diberkas Di Johor!


Kerana terlalu fanatik dengan pasukan beruniform, seorang remaja lelaki yang baru berusia 19 tahun sanggup untuk menyamar sebagai seorang anggota Polis. Lebih mengejutkan lagi, dia bukan setakat jadi Polis biasa-biasa, tapi Inspektor Polis! Ini Ohmedia rasa mesti kuat sangat layan drama Gerak Khas la ni. Huhu.


Padahnya remaja lelaki ini ditahan selepas menghampiri dua anggota polis yang sedang membuat tugasan pemantau dan pencegahan samseng jalanan di Jalan Kluang, Johor, pagi ini. Hasil siasatan polis dapati remaja ini seorang yang fanatik dengan seragam Polis manakala kad kuasa pula diperolehi dari laman web.



Pistol yang dibawa suspek adalah pistol tiruan (plastik) berwarna hitam jenama Boale & Toyavn diperbuat daripada China P193.


Remaja yang dikenali sebagai Ramdan ini bukan biasa-biasa sebenarnya kerana sejak dari tahun lalu lagi dah aktif menjadi "Inspektor Polis". Ini terbukti apabila melihat akaun Instagramnya (@ramdan.official) yang sangat aktif mempamerkan aksinya sebagai seorang "Inspektor Polis".


Hurm, cute betul la kau ni dik! Kalau minat nak jadi Polis, ikutlah saluran yang betul macam Polis lain juga ye dik! Banyak cantik muka kau tiba-tiba nak jadi Inspektor. Ini ni main Polis Sentri macam kau kecik-kecik dulu ke?

Rujukan: Mohd Redzuan Abdul Manap

+ Baca respon pembaca fanatik Oh! Media di Facebook.
Sumber: Oh! Media