Sah Mahathir letak jawatan sebagai Perdana Menteri, BERSATU juga keluar dari Pakatan Harapan

Posted on Monday, February 24, 2020 | 2/24/2020



Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad disahkan telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan surat peletakan jawatan itu telah dihantar ke Istana Negara pada jam 1 tengah hari tadi. 

"Tun Dr. Mahathir bin Mohamad telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri hari ini. Surat tersebut telah dihantar kepada YDP Agong pada jam 1 tengah hari," kata kenyataan rasmi dari Jabatan Perdana Menteri. 

BERSATU keluar dari Pakatan Harapan

Sementara itu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengumumkan BERSATU keluar dari Pakatan Harapan (PH) hari ini.

Beliau berkata, keputusan itu telah dibuat ketika mesyuarat khas yang diadakan pada 23 Februari 2020. 

"Semua Ahli Dewan Rakyat dari BERSATU juga dengan ini keluar dari Pakatan Harapan," katanya. 

Menurut Muhyiddin, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira perkembangan politik semasa dan masa depan negara. 

Parti politik BERSATU, UMNO, PAS, WARISAN dan Gabungan Parti Sarawak dan juga serpihan ahli PKR dilaporkan akan bergabung dalam Perikatan Nasional dan seterusnya akan membentuk kerajaan baharu bagi menggantikan kerajaan Pakatan Harapan.



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 2/24/2020

0 comments:

Loading...