Sajat Kata Mutawif Banyak Bantu Dia & Tiada Sebarang Gangguan Ketika Umrah


Sajat oh Sajat. Siapa yang tidak kenal dengan Sajat, lagi-lagi bila baru-baru ini dia telah mencetuskan kemarahan orang ramai dengan berpakaian wanita ketika sedang menunaikan umrah. Pelbagai berita yang kita terima, sehingga ada yang mengatakan Sajat telah ditahan oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Bagaimanapun, Sajat yang kini telah selamat pulang ke tanah air, menafikan dakwaan dirinya ditahan pihal berkuasa. Sajat juga menegaskan yang dia menjalani ibadah dengan tenang, tidak diganggu mana-mana pihak dan tiada masa untuk melihat media sosial. Penjelasan Sajat ini dapat dilihat dalam video terbarunya di YouTube Alif Syukri.


Sepanjang berada di kota suci itu, segala cerita tentang saya adalah tidak benar dan saya tenang sahaja di sana. Saya di sana tak main telefon kerana banyak fokus amal ibadat, memang tak nak tengok. Kita di rumah Allah, jadi saya sangat teruja dan nampak berpuluh juta manusia buat ibadah, tak ada masa nak tahu cerita di media sosial. - Katanya.

Sepanjang Sajat di tanah suci, akhirnya satu pengesahan yang dia adalah seorang lelaki juga telah dikeluarkan dengan nama asalnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman. Sajat juga berkongsi cerita ketika berurusan dengan pihak agensi yang bertanggungjawab membawa mereka melakukan umrah.

Pada awalnya saya fikir pelbagai dugaan, saya tertanya betul ke aku nak pergi ni. Macam-macam fikir tapi selepas dapat nasihat mutawif, dia menenangkan hati saya. Mutawif kami Ustaz Zul saya kenal dari agensi itu dan dia tak pandang rendah pada saya dan banyak bagi nasihat. Alhamdulillah tak ada dugaan, bila sampai sana rasa bersyukur sampaikan saya menangis. - Jelasnya lagi.

Sajat juga telah meminta maaf, tetapi apa yang dilakukannya itu telah mengundang kemarahan netizen kerana ia satu penghinaan terhadap umat Islam.

Sumber: YouTube Alif Syukri

OHMEDIA: ITULAH DIA, OHMEDIA PUN TAK TAHU NAK CAKAP MACAM MANA DAN DIHARAPKAN ADA TINDAKAN YANG DIAMBIL AGAR PERKARA YANG MEMALUKAN SEPERTI INI TIDAK BERULANG LAGI. BUKAN HANYA MEMALUKAN NEGARA, TETAPI TURUT MEMALUKAN AGAMA ISLAM ITU SENDIRI. SEMOGA ADA KEINSAFAN DALAM DIRI SAJAT


+ Baca respon pembaca bila Sajat dah balik di facebook Oh! Media.

Sumber: Oh! Media