"Saya Umur Dah 94, Mana Boleh Tahan", Tun Mahathir Sedia Lepas Jawatan PM November Ini?

Posted on Saturday, February 15, 2020 | 2/15/2020



"Saya umur dah 94. mana boleh tahan", ini lah respon Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad apabila isu mengenai peralihan jawatan Perdana Menteri kembali hangat diperkatakan.

Sebelum ini, ada banyak sumber yang mengatakan yang Tun akan tetap meneruskan pemerintahan beliau selaku PM ke-7 sehingga tamat tempoh pemerintahan.


Banyak lagi khabar angin sebenarnya yang kita dapat lihat, sampai ada yang kata yang Tun Mahathir sudah merancang dengan mana-mana kumpulan dan sengaja ingin mengalang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupaka presiden Parti Keadilan Rakyat, PKR naik sebagai Perdana Menteri. Tapi, ini respon Tun Mahathir.

Saya dengar cerita macam-macam. Nak suruh saya kekal sampai 20 tahun lagi. Saya umur dah 94 tahun, lagi berapa tahun 95 tahun, mana boleh tahan okay? Saya janji saya akan letak jawatan selepas APEC iaitu program Kerjasama Ekonomi Asia 2020 pada bulan November ini. Itu saya pegang pada janji saya. Tak terlibat dengan yang lain. Cuma janji letak jawatan akan letak jawatan. - Jelas Tun Mahathir.

Jadi, jika apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir ini adalah benar. Adakah korang sudah bersedia dengan peralihan kuasa ini? Sama-sama kita nantikan. Tak lama lagi tu.

+ Baca respon pembaca yang minat politik di facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 2/15/2020

0 comments:

Loading...