Selepas Illya mohon maaf, MBSA luluskan permit hiburannya untuk Program Sepathtu Reunion 2020


Kelmarin, kumpulan Rare yang dianggota Ajak, Ropie dan Illya memohon maaf di atas 'keterlanjuran' mereka membuat lawak berbentuk sindiran kepada kerajaan di pentas akhir MLM 2019 sehingga menyinggungkan beberapa pihak. 

Kata kumpulan itu, tindakan mereka juga telah memberi kesan dan impak yang tidak baik kepada diri dan juga MBSA. 

Susulan permohonan maaf itu, MBSA mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya telah meluluskan permit hiburan kepada Illya bagi porgram Sepahtu Reunion 2020. 

"MBSA juga telah menerima permohonan maaf daripada anggota kumpula Rare di atas pelanggaran syarat permit hiburan semasa program Maharaja Lawak Mega 2019 yang berlangsung di Teater Shah Alam. 

"Dalam pada itu, MBSA ingin mengingatkan kepada mana-mana pihak yang ingin mengadakan persembahan hiburan di kawasan pentadbiran MBSA agar mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan di dalam permit hiburan yang dikeluarkan dengan tidak menyentuh sensitiviti masyarakat terutamanya yang melibatkan isu perkauman," tegas kenyataan itu yang dimuat naik di Facebook rasmi mereka.


REAKSI NETIZEN


Sumber: Facebook MBSA

LAPORAN BERKAITAN


Sumber : thereporter.my