Sesuatu yang berbeza, bukan ukuran - Nafuzi Zain

Posted on Thursday, February 20, 2020 | 2/20/2020



Kuala Terengganu : Ramai penyokong memperkatakan mengenai kemenangan pasukan Terengganu Football Club (TFC) menentang pasukan Pahang FA tempoh hari dengan satu jumlah jaringan yang agak besar namun bagi pengendali pasukan TFC, Nafuzi Zain, keputusan perlawanan itu bukanlah kayu ukur sebenar tentang pasukannya juga pasukan lawan kerana perlawanan persahabatan dan perlawanan sebenar terutamanya di Liga Super adalah sesuatu  yang berbeza.

Nafuzi tidak menafikan, komitmen pemain-pemainnya pada ketika ini sangat memuaskan dimana kesemua pemain bersaing secara positif dalam merebut tempat untuk menembusi skuad utama pasukan termasuk beberapa pemain muda pasukan ini. Bagi Nafuzi, beliau faham, pemain muda masih tiada pengalaman beraksi di liga tertinggi di Malaysia, dan dilihat di liga Malaysia tidak banyak pasukan yang berani menggunakan pemain muda dalam pasukan utama kerana faktor pengalaman yang ada.

Namun begitu, cara pendekatan yang ingin beliau laksanakan di TFC adalah berbeza kerana baginya, kebanyakan pemain muda yang berada didalam pasukan ini mempunyai  kualiti yang sangat baik dan jika kita tidak berani untuk mengambil sedikit risiko untuk memberikan mereka minit bermain, mereka tidak akan mendapat pengalaman yang mereka perlukan. Beliau telah melihat ada pemain muda ini yang dilihat telah bersedia dan berkemungkinan dapat diturunkan dalam perlawanan pertama nanti.

Ditanya berkenaan perlawanan pertama menentang Perak FA, Nafuzi menyatakan beliau yakin pemain-pemainnya telah bersedia secara fizikal dan mental dan mereka tahu kekuatan pasukan Perak kini dengan penambahan beberapa pemain yang berkualiti yang menyertai Perak pada tahun ini, dan ini memberikan amaran awal agar mereka mempertingkatkan berusaha dalam meningkatkan lagi kualiti pasukan menjelang perlawanan pertama ini.

Inilah perlawanan yang dinantikan oleh penyokong kedua-dua pasukan dan ini merupakan perlawanan pertama tahun ini dan dijangka akan dilangsungkan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (SSMZA) setelah sekian lama stadium ini tidak digunakan, semestinya kehadiran luar biasa penyokong dapat kita lihat 29 Februari ini.

Ada juga dikalangan penyokong yang ingin membuat kempen bagi memecahkan rekod kehadiran paling ramai pada tahun lepas di Liga Malaysia iaitu 28,000 orang di Stadium Darul Makmur, Kuantan sewakut pertembungan Pahang FA dan TFC namun ianya bukan mustahil jika kita beraksi di SSMZA. - TFC
Blog, Updated at: 2/20/2020

0 comments:

Loading...