Suami Maut Motorsikal Dilanggar Pemandu Mabuk, Isteri Cedera Parah


Awal pagi tadi, seorang pekerja kilang meninggal dunia di tempat kejadian akibat dilanggar oleh sebuah kereta Perodua Alza yang dipandu seorang lelaki mabuk dalam kejadian di Lebuhraya Utara Selatan menghala ke utara dekat susur Perai. Ohmedia dah lali betul dengar pasal pemandu mabuk, tak serik-serik lagi walaupun banyak kali situasi yang sama terjadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi tadi, Khairizul Mohamad Noor,39 meninggal dunia di tempat kejadian manakala isteri yang membonceng, Zuriana Hasan, 36 mengalami kecederaan parah dan telah dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ). Isteri mangsa dikatakan dalam keadaan kritikal dan masih belum menyedarkan diri lagi. Apa yang menyedihkan, isteri masih tidak tahu lagi berita yang suaminya telah meninggal dunia.

Pemandu mabuk itu pula tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah ditahan untuk siasatan dan akan membuat ujian lengkap alkohol serta darah di HSJ. Kemalangan berlaku di sebelah lorong kiri, kereta tersebut melanggar motorsikal yang ditunggang mangsa menyebabkan mangsa terpelanting dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul juga meminta kerjasama orang ramai yang ternampak kejaidan itu tampilkan diri untuk membantu siasatan.

OHMEDIA : BILA NAK HABIS AGAKNYA KES MABUK NI!

Sumber : Siakap Keli
Sumber: Oh! Media